Buat pertama kalinya, Sayongville mewujudkan Pasukan Bola Tampar nya sendiri bagi menyertai acara bola tampar dalam Sukan Komuniti Dun Bukit Chandan yang akan berlangsung pada 26 Julai 2009 ini. Pihak pengurusan bersetuju menghantar sebanyak 2 pasukan dari Sayong dalam usaha membolot hadiah yang disediakan..sudah tentu nak dapat Johan (wang tunai RM 1,000).
Latihan pertama telah dimulakan pada semalam, 19 Julai 2009 jam 5.30 ptg di gelanggang JKR terletak bersebelahan gelanggang petanque JKR di bawah jambatan sayong. Seramai 18 pemain turun untuk menjalani latihan ini. Rasa teruja dan penuh emosi ditambah pula dengan semangat kesukanan yang kental menambahkan lagi keceriaan dalam permainan bola tampar yang julung2 kali main. Tuan Marwazi selaku Pengurus turut hadir memerhatikan latihan anak buahnya walaupun dalam waktu bekerja dengan berpakaian seragam putih atendan kesihatan.
Berbekalkan kepakaran + pengalaman dari dua jurulatih kedua2 pasukan Sayong iaitu Sdra. Elis dan Sdra. Syafiq @ Sapp dapat menyuntik satu teknik dan strategi permainan sayong dalam usaha mengekang asakan lawan.
Dijadualkan hari ini (20 Julai 2009) pasukan Sayong akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan team guru SMK Sayong jam 5.30 petang di gelanggang bola tampar SMK Sayong.

No comments:
Post a Comment